Monday, June 21, 2010

Perkhemahan

Definisi :
Kehidupan sederhana di luar persekitaran yang berhubung rapat dengan alam sekitar bagi tujuan tempat rehat / tempat perlindungan sementara.

Khemah
Definisi :
Khemah adalah tempat perlidungan yang boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat untuk tujuan berehat / bermalam.

1. Jenis Khemah
a) Khemah berangka - khemah kenduri
b) Khemah tanpa rangka - pakai tali (groundsheet)
c) Khemah tiang satu - khemah kenduri

1) A Shape (Piramid)
2) Igloo
3) Doom(bulat)

Tapak Perkhemahan
Memilih tapak perkhemahan:
1. Tanah rata - cari tempat tinggi sedikit supaya tiada air yang boleh bertakung di bawah khemah
2. Berhampiran dengan punca air - air mengalir dan ada anak ikan di permukaan air.
3. Terlindung daripada laluan angin - penghalang di kiri, kanan, depan, belakang.
4. Mempunyai pemandangan yang menarik.
5. Mendapat bekalan cahaya matahari.
6. berhampiran dengan jalan/denai/laluan - mudah untuk berurusan jika berlaku kecemasan

Tapak yang dilarang :
1. Terlalu hampir dengan laluann air - tepi sungai - sungai - khuatir kawasan tersebut selalu dilanda kepala air
2. Di bawah pokok - dahan condong paling besar. -terutama pokok yang mudah serkah, patah
3. Di dalam kawasan lalang - boleh menyebabkan kebakaran
4. Di dalam kawasan belukar - kurang selesa untuk bergerak.
5. Kawasan rendang - takungan air hujan.
6. Kawasan berlumpur.
7. Di atas tebing curam.
8. Laluan binatang - kena buat kawasan sendiri.
9. Kawasan berbatu.

Kebersihan Khemah
1. Tidak dibenarkan membuka barang makanan dalam khemah - menarik minat serangga.
2. Dalam khemah perlu dibersihkan selalu.
3. Jangan letak pakaian basah dalam khemah - khemah berbau, memudaratkan kita.
4. Jangan letak pakaian basah di atas khemah - batang rod lembut.
5. Tidak dibenarkan menghidupkan api / memasak di dalam khemah - bahan buatan khemah mudah terbakar/kekurangan olsigen
6. Khemah adalah semata-mata untuk tujuan tidur sahaja.

Sampah
1. Sediakan lubang khas untuk lubang sampah.
2. Sampah mesti dimasukkan ke dalam beg plastic.
3. Bahan tin perlu dikemekkan sebelum dibuang - ada rongga, kalau tin itu tidak dikemekkan akan memberi kesan kepada pengguna lain akan datang kerana boleh terjerlus dalam lubang tin itu ditanam.

Membuang Najis
Jika hanya 1 hari:
1. Korek, kambus.
2. Letak pancang (tanda) - takut rakan lain mengorek semula.
Jika melebihi 1 hari:
1. Korek lubang khas (3 kaki dalam, 2 kaki lebar)
2. Kambus.
3. Jarak sekurang-kurangnya 100 m dari khemah.

IKHTIAR HIDUP


PENGENALAN
1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.

2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.

3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

DIFINISI

Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP

Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan

PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP

Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut.
Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-
1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.

a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.

2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.

3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.

4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-a. Perubatan:-
i. Panadol untuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.

b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin

TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu.Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.

2. Gatal-Gatal Kulit.Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.

3. Bibir, Lidah dan Mulut.Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.a. rasa kelat dan sepatb. rasa loyac. rasa gatal-gatal dedaun mulut.

4. Menelan Sedikit.Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang

5. Makan sedikit.Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.
Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-

1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN

Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

TEMPAT PERLINDUNGAN

Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

Kod Morse

Kod Morse ialah kaedah pengekodan aksara bagi memancarkan maklumat telegraf dengan menggunakan urutan-urutan elemen panjang pendek yang terselaras untuk melambangkan huruf, angka, tanda baca dan aksara khas dari mesej yang diberi. Elemen panjang pendek ini boleh dibentuk melalui bunyi, tanda-tanda atau nadi, secara penguncian buka-tutup.

Kod Morse Antarabangsa terdiri daripada lima elemen:
tanda pendek, titik atau 'dit' (·) — panjang seunit
tanda panjang, sengkang atau 'dah' (–) — panjang tiga unit
jurang dalam aksara (antara titik dan sengkang dalam satu aksara) — panjang seunit
jurang pendek (antara huruf) — panjang tiga unit
jurang sederhana (antara perkataan) — panjang tujuh unit[1]

Kod Morse boleh dipancarkan melalui pelbagai cara:
asalnya berbentuk nadi elektrik sepanjang dawai telegraf, bahkan juga dalam nada audio, isyarat radio bernada panjang pendek, atau isyarat mekanikal atau visual (cth: cahaya berkelip) dengan menggunakan perkakas seperi lampu Aldis atau heliograf.

Kod Morse dipancarkan dengan hanya menggunakan dua keadaan (buka dan tutup), maka dikatakan merupakan satu bentuk pengekodan digital yang terawal. Namun begitu, kod Morse itu bukannya binari kerana panjang jeda diperlukan untuk mengekodkan maklumat.
Mula-mulanya direka bagi kegunaan telegraf elektrik ciptaan Samuel F. B. Morse pada awal 1840-an, kod Morse juga digunakan secara meluas untuk komunikasi radio awal sejak 1890-an. Pada separuh awal abad ke-20, majoriti komunikasi antarabangsa berkelajuan tinggi dijalankan secara kod Morse, menggunakan dawai telegraf, kabel dasar laut, dan litar radio. Namun, kepanjangan aksara Morse yang berubah-ubah menyebabkannya sukar diterapkan dalam litar berautomatik, jadi bagi kebanyakan komunikasi elektronik, kod Morse diganti oleh format-format yang lebih boleh mesin, seperti kod Baudot dan ASCII.

Kegunaan kod Morse paling popular masa kini adalah melalui pengendali radio amatur, itupun bukan lagi keperluan untuk perlesenan amatur di kebanyakan negara. Kod Morse juga masih digunakan untuk tujuan-tujuan khas, termasuk pengenalpastian pemancar matarah radio navigasi dan mobil daratan, serta komunikasi tentera termasuklah komunikasi semafor berkelip cahaya antara kapal-kapal. Kod Morse direka agar mudah dibaca manusia tanpa bantuan komputer, menjadikannya sesuai untuk menyampaikan data digital berautomatik melalui saluran suara, dan juga sesuai untuk menghasilkan isyarat kecemasan, seperti melalui sumber tenaga diimprovasi yang mudah "dikunci" dengan menyalurkan dan memutuskan bekalan elektrik secara ulang alik (cth. dengan membuka tutup suis lampu picit).

Saturday, June 19, 2010

Pertolongan Cemas di Rumah

Pertolongan cemas merupakan satu aspek penting dalam sesebuah rumahtangga. Ia merujuk kepada tindakan awal atau pertama yang dilakukan dalamkeadaan kecemasan. Dengan perkataan lain, ia merupakan pertolongan cemasterhadap individu tertentu yang cedera atau tidak berupaya, sementaramenunggu ketibaan pegawai perubatan ataupun sebelum dihantar ke klinik atauhospital terdekat. Ia mungkin dapat membantu membaiki keadaan mangsa ataudapat menyelamat dan menyembuhkan kesakitan yang dialaminya. Walaubagaimanapun, pertolongan cemas tidak boleh dijadikan penggantian kepadapenjagaan perubatan sebenar. Ia hanyalah merupakan suatu pertolongan yangdapat diberi sementara bantuan sebenar tiba.



ALAT PERTOLONGAN CEMAS

Alat pertolongan cemas perlu mengandungi beberapa peralatan yang penting untuk digunakan ketika kecemasan.Ia lazimnya mengandungi:

Pengesat kain kasa yang steril

Pembalut kain kasa yang steril dan gulungan kapas

Plaster pelekat

Pembalut kenyal

Pembalut segi tiga

Termometer (Jangka suhu) klinikal

GuntingPenyepit dengan hujung yang tajam

Klip atau pin keselamatan

Ubat sapu seperti krim antigatal, losyen antiseptik dan sebagainya

Ubat-ubatan untuk penyembuhan dalaman seperti antasid,ubatpenghilang kesakitan, ubat melawan demam.



Terdapat pelbagai bahaya dan kecederaan yang mungkin berlaku di dalam sesebuah rumah sekiranya kita tidak berhati-hati seperti luka terbakar, gigitan1dan sengatan serangga atau binatang berbisa, tercekik, kekejangan, tulangpatah dan sebagainya.



LUKA TERBAKAR DAN MELECUR

Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi,bahan kimia atau sinaran.

Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap habalembap seperti wap atau cecair panas.

Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut

Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang ataujam dari bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit.

Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin denganmerendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit.

Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalutsteril atau kain nipis yang serupa dengannya.

Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega ataubahan lemak pada bahagian yang tercedera.

Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagianberkenaan.

Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas

pada luka.



PENDARAHAN

Prinsip asas pengawalan pendarahan ialah mengehadkan pengaliran darah kebahagian yang luka dengan meninggikan bahagian tersebut dan memberi tekanan ke bahagian yang terlibat.

Tekankan semampatnya kain pembalut yang bersih dan yang boleh menyerap pada luka untuk selama 20 minit.

Jika terdapat serpihan bendaasing dalam luka, tekan di bahagian kelilingnya.

Jika tiada tulang yang patah, retak atau terkehel, tinggikan bahagiantersebut sementara mengekalkan tekanan untuk mengurangkan pendarahan.

Jika pendarahan berterusan, tekan arteri yang berdekatan dengan bahagian luka.Cuci bahagian sekeliling luka dengan air sejuk selama 10 - 15 minit dan lapkannya di bahagian tepi luka menggunakan pad atau kasa yang bersih.

Pendarahan dari sesetengah luka kecil akan terhenti jika dibasuh dandibalut dengan kemas

Tutup atau balut luka tersebut dengan segera.

Bungkus mana-mana bahagian yang terputus dalam beg khas dan seboleh-bolehnya masukkannya ke dalam ais.

Suntikan tetanus mungkin perlu diberi kepada mangsa.

Jika hidung berdarah, picitkan hidung di bahagian bawah tulang hidunguntuk selama 5 minit. Pastikan kepala sentiasa terdongak.

Jangan berikan sebarang makanan atau minuman.

Jangan sentuh atau menarik keluar objek atau benda asing yangmenusuk luka kerana dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan bila dikeluarkan.

GIGITAN DAN SENGATAN



Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dankesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaranbernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan sebagainya.Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahanantiseptik yang lembut.Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannyabermula dari bahagian luka dan ke luar.Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal.Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkanplaster.Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong ataumenghisap bisa dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkanpengaliran darah ke bahagian tersebut.Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racunberkenaan ke bahagian lain dalam badan.