Pertolongan cemas merupakan satu aspek penting dalam sesebuah rumahtangga. Ia merujuk kepada tindakan awal atau pertama yang dilakukan dalamkeadaan kecemasan. Dengan perkataan lain, ia merupakan pertolongan cemasterhadap individu tertentu yang cedera atau tidak berupaya, sementaramenunggu ketibaan pegawai perubatan ataupun sebelum dihantar ke klinik atauhospital terdekat. Ia mungkin dapat membantu membaiki keadaan mangsa ataudapat menyelamat dan menyembuhkan kesakitan yang dialaminya. Walaubagaimanapun, pertolongan cemas tidak boleh dijadikan penggantian kepadapenjagaan perubatan sebenar. Ia hanyalah merupakan suatu pertolongan yangdapat diberi sementara bantuan sebenar tiba.
ALAT PERTOLONGAN CEMAS
Alat pertolongan cemas perlu mengandungi beberapa peralatan yang penting untuk digunakan ketika kecemasan.Ia lazimnya mengandungi:
Pengesat kain kasa yang steril
Pembalut kain kasa yang steril dan gulungan kapas
Plaster pelekat
Pembalut kenyal
Pembalut segi tiga
Termometer (Jangka suhu) klinikal
GuntingPenyepit dengan hujung yang tajam
Klip atau pin keselamatan
Ubat sapu seperti krim antigatal, losyen antiseptik dan sebagainya
Ubat-ubatan untuk penyembuhan dalaman seperti antasid,ubatpenghilang kesakitan, ubat melawan demam.
Terdapat pelbagai bahaya dan kecederaan yang mungkin berlaku di dalam sesebuah rumah sekiranya kita tidak berhati-hati seperti luka terbakar, gigitan1dan sengatan serangga atau binatang berbisa, tercekik, kekejangan, tulangpatah dan sebagainya.
LUKA TERBAKAR DAN MELECUR
Luka terbakar ialah kecederaan pada tisu yang disebabkan oleh suhu tinggi,bahan kimia atau sinaran.
Melecur pula terjadi akibat pendedahan terhadap habalembap seperti wap atau cecair panas.
Alihkan atau buangkan punca kecederaan tersebut
Tanggalkan perlahan-lahan pakaian, barang kemas, tali pinggang ataujam dari bahagian yang tercedera kecuali jika ia melekat pada kulit.
Sejukkan bahagian yang tercedera secepat mungkin denganmerendamkannya ke dalam air sejuk selama 10 - 15 minit.
Balut bahagian yang tercedera dengan longgar menggunakan pembalutsteril atau kain nipis yang serupa dengannya.
Jangan sapukan sebarang krim, losyen, minyak, salap, mentega ataubahan lemak pada bahagian yang tercedera.
Jangan pecahkan lepuh yang timbul atau melakukan apa-apa di bahagianberkenaan.
Jangan menggunakan sebarang pembalut yang melekat atau wul kapas
pada luka.
PENDARAHAN
Prinsip asas pengawalan pendarahan ialah mengehadkan pengaliran darah kebahagian yang luka dengan meninggikan bahagian tersebut dan memberi tekanan ke bahagian yang terlibat.
Tekankan semampatnya kain pembalut yang bersih dan yang boleh menyerap pada luka untuk selama 20 minit.
Jika terdapat serpihan bendaasing dalam luka, tekan di bahagian kelilingnya.
Jika tiada tulang yang patah, retak atau terkehel, tinggikan bahagiantersebut sementara mengekalkan tekanan untuk mengurangkan pendarahan.
Jika pendarahan berterusan, tekan arteri yang berdekatan dengan bahagian luka.Cuci bahagian sekeliling luka dengan air sejuk selama 10 - 15 minit dan lapkannya di bahagian tepi luka menggunakan pad atau kasa yang bersih.
Pendarahan dari sesetengah luka kecil akan terhenti jika dibasuh dandibalut dengan kemas
Tutup atau balut luka tersebut dengan segera.
Bungkus mana-mana bahagian yang terputus dalam beg khas dan seboleh-bolehnya masukkannya ke dalam ais.
Suntikan tetanus mungkin perlu diberi kepada mangsa.
Jika hidung berdarah, picitkan hidung di bahagian bawah tulang hidunguntuk selama 5 minit. Pastikan kepala sentiasa terdongak.
Jangan berikan sebarang makanan atau minuman.
Jangan sentuh atau menarik keluar objek atau benda asing yangmenusuk luka kerana dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan bila dikeluarkan.
GIGITAN DAN SENGATAN
Tanda-tanda dan gejala yang mungkin dilihat ialah bekas gigitan, bengkak dankesan kemerahan, sakit di bahagian yang terlibat, loya dan muntah, kesukaranbernafas dan menelan, reaksi alahan seperti renjatan dan sebagainya.Cuci bahagian yang tercedera dengan air suam dan sabun, atau bahanantiseptik yang lembut.Keringkan bahagian berkenaan dengan cermat dengan mengelapkannyabermula dari bahagian luka dan ke luar.Jika perlu sapukan losyen Calamine untuk menghilangkan rasa gatal.Tutupkan luka berkenaan dengan pembalut yang bersih dan letakkanplaster.Tuamkan dengan ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.Untuk gigitan berbisa, jangan sekali-kali mencuci, memotong ataumenghisap bisa dari bahagian gigitan. Sebaliknya, cuba kurangkanpengaliran darah ke bahagian tersebut.Elakkan dari memicit kantung racun kerana ini akan menyebarkan racunberkenaan ke bahagian lain dalam badan.
No comments:
Post a Comment